Program Santai Mesra Sanjungan Budi : Tuan Haji Anuar bin Sukiran

Program Saintai Mesra Sanjungan Budi bersama Tuan Haji Anuar bin Sukiran pada 30 Januari 2023. Tuan Haji Anuar bakal menamatkan perkhidmatan sebagai Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Johor pada 10 Mac 2024. Beliau pernah menaburkan jasa di SMK Tun Habab sebagai pengetua pada tahun 2016 hingga awal tahun 2017.  Beliau turut melawat Technomaker Lab @SMKTunHabab. Duta Penggerak Digital turut menerangkan perincian dan pelaksanaan program Johor Young Dronengineer @SMKTunHabab dan Johor Youngster Coding @SMKTunHabab di bawah inisiatif program Sekolah Aspirasi Johor. Beliau turut  melancarkan program AI @SMKTunHabab, sebuah program yang berfokuskan kepada Artificial Intelligence untuk warga sekolah dan komuniti. Pelbagai aktiviti, bengkel telah dirancang untuk pelaksanaan program AI @SMKTunHabab ini. 

#Sumbangan artikel oleh Cikgu Khairul Anuar

Copyright Themes © 2022