Setulus Kasih Seindah Memori : Cikgu Ahmad bin Ramli

Majlis Setulus Kasih Seindah Memori bersama Cikgu Ahmad bin Ramli telah diadakan di Dewan Seri Tun Habab pada 24 Januari 2024. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Bangsa Johor dan diikuti dengan bacaan doa. Seterusnya ucapan penghargaan daripada pengetua SMK Tun Habab, Tuan Haji Khairuddin bin Mustapha dan ucapan daripada yang dirai, Cikgu Ahmad bin Ramli.

Cikgu Ahmad telah menjalankan tugas sebagai GKMP Teknik dan Vokasional dengan cemerlang selama setahun 4 bulan. Beliau bukan sahaja komited sebagai seorang guru bahkan juga sebagai salah seorang jurulatih DTC-JDT SMK Tun Habab. Cikgu Ahmad bakal memulakan tugas sebagai PK Kokurikulum di SMK Taman Seri Saujana mulai 28 Januari 2024.

Warga SMK Tun Habab mengucapkan tahniah dan semoga terus cemerlang sebagai seorang pendidik.

#Kredit gambar kepada Duta Penggerak Digital

Copyright Themes © 2022