SMK Tun Habab Menang Tempat Ketiga Pertandingan MyBas

Tahniah diucapkan kepada pelajar Tingkatan 6 STPM 2023 dan STPM 2024 yang telah menyertai Pertandingan Video MyBas peringkat negeri Johor. Kumpulan 1 yang diketuai oleh saudari Nurdania Batrisya binti Mohamad Hisyam dan rakan-rakannya yang terdiri daripada pelajar 6 Rendah Al Farabi telah memenangi tempat ketiga. Manakala kumpulan 2 yang diketuai oleh Nursyazwani binti Zainudin telah menawan hati para penonton bagi kategori video yang mendapat perhatian yang ramai. Mereka telah membawa pulang hadiah trofi, wang tunai dan sijil.

Majlis pengumuman tersebut telah diadakan pada 10 Januari 2024 di Rooftop Toppen, Johor Bahru. Semua peserta dijemput hadir dan diraikan oleh Syarikat Handal Indah iaitu syarikat yang menaja sepenuhnya Pertandingan Video MyBas.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan guru pembimbing, Cikgu Saharudin bin Abdullah dan Cikgu Anum binti Mahat.

#Kredit kepada Cikgu Saharudin atas sumbangan gambar

Copyright Themes © 2022