Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih Cikgu Mohamad Radzi

Pada tanggal 14 Disember 2023 telah berlangsung Majlis Sanungan Budi Lambaian Kasih Cikgu Mohamad Radzi bin Ismail di Dewan Seri Tun Habab. Mjalis dimulakan dengan perarakan yang dirai Cikgu Mohamad Radzi bin ismail ke dewan dan diteruskan dengan bacaan doa. Usai bacaan doa, ucapan oleh Ketua Pelajar SMK Tun Habab dan persembahan multimedia. Seterusnya yang dinanti ialah ucapan daripada Cikgu Mohamad Radzi yang bakal bersara pada 2 Januari 2024. Persembahan nyanyian daripada pelajar dan ucapan pengetua SMK Tun Habab, Tuan Haji Khairuddin bin Mustapha. Diikuti dengan penyampaian hadiah dan Send Off. Turut hadir pada majlis ini ialah Yang DiPertua PBG, Puan Noriasah binti Sadek dan mantan pengetua SMK Tun Habab, Cikgu Zakaria bin Abd. Jalil.

Tahniah kepada Cikgu Mohamad Radzi kerana berjaya menyelesaikan tugas sebagai penjawat awam sehingga ke titik akhir dalam perkhidmatan awam. 

Sungguh manis buah rambutan,
Enak dimakan perlahan lahan,
Bila ada sebuah pertemuan,
Pasti datang sebuah perpisahan.

 

Lipat sirih di tapak tangan,
Letak sekapur dalam dupa,
Budi yang baik jadi kenangan,
Budi tuan kami tak lupa.

Copyright Themes © 2022