Lawatan dan Penggambaran Video MyBas

Pada 13 Disember 2023, Pelajar-pelajar tingkatan 6S1 STPM 2024 dan 6S3 STPM 2023 telah menyertai lawatan dan penggambaran video MyBas. Penggambaran dilakukan sepanjang perjalanan menaiki MyBas dari Terminal Bas Kota Tinggi dan Terminal Bas Johor Bahru.

Lawatan ini bertujuan untuk memberi pengalaman kepada pelajar untuk memudahkan mereka menyiapkan video pendek MyBas yang dianjurkan oleh Syarikat Handal Indah Sdn, Bhd. Lawatan kami turut disambut oleh Encik Sonny Peru Cosme (PR dan Pakar Pemasaran), Encik Badri dan Puan Shafikah. Kami turut dibwa melihat persekitaran dan kemudahan yang disediakan dalam MyBas.

Semoga pengalaman ini dapat menambah nilai kreativiti dan maklumat yang tepat tentang MyBas.

Notifikasi :

Gambar-gambar lain tidak dimuat naik sehingga tamat tarikh pertandingan.

#Kredit kepada Cikgu Saharudin atas sumbangan gambar.

Copyright Themes © 2022