SMK Tun Habab Sertai E-Sport Peringkat Negeri

Tahniah kepada peserta Tingkatan 6 SMK Tun Habab yang menyertai Pertandingan E-Sport Peringkat Negeri Johor.  Walaupun hanya berjaya sampai ke peringkat separuh akhir, namun ia adalah pengalaman baru untuk semua peserta yang terlibat. Pertangan E-Sport ini telah berlangsung di Plaza Sutera, Skudai pada 4 Disember 2023.

48 buah sekolah telah menyertai pertandingan ini dan SMK Tun Habab berada pada kedudukan 8 terbaik. Peserta yang mengambil bahagian terdiri daripada pelajar Tingkatan 6 Semester 3 STPM 2023 dan Semester 1 STPM 2024 iaitu :

  1. Mohamad Eisyam Hakim bin Suhairi
  2. Haizal Hafizi bin Nasri
  3. Nurin Irdina binti Mohamad Farizal
  4. Suganthan a/l Renganathan
  5. Tan Yue Heng
  6. Muhammad Haziq Syahmi bin Suhaime

#Kredit kepada Cikgu Saharudin atas sumbangan gambar.

Copyright Themes © 2022