Jamuan Perpisahan Cikgu Mohamad Radzi dan Cikgu Norani

Pada 9 Disember 2023 telah berlangsung Majlis Jamuan Minum Teh sempena persaraan Cikgu Mohamad Radzi bin Ismail dan perpindahan Cikgu Norani binti Taib di Hotel Amansari, Bandar Penawar. Cikgu Radzi mula berkhidmat di SMK Tun Habab pada 10 April 2019 menggantikan Cikgu Hajah Rosita binti Jamari sehingga 31 Disember 2023. Manakala Cikgu Norani berkhidmat di SMK Tun Habab pada 1 Julai 2002 dan berpindah atas urusan kenaikan pangkat sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran di SMK Taman Kota Jaya mulai 1 Januari 2024.

Tahniah buat kedua-duanya. Beberapa rangkap pantun untuk Cikgu Mohamad Radzi dan Cikgu Norani.

Sungguh manis buah rambutan,
Enak dimakan perlahan lahan,
Bila ada sebuah pertemuan,
Pasti datang sebuah perpisahan.

Lipat sirih di tapak tangan,
Letak sekapur dalam dupa,
Budi yang baik jadi kenangan,
Budi tuan kami tak lupa.

Menyusun pantun memakai rima,
Rima dibuat menjadi kisah,
Bertahun-tahun kerja bersama,
Tibalah masa untuk berpisah.

Berasah parang bersepuh lama,
menjadi senjata pahlawan handal,
Susah senang ditempuh bersama,
Menjadi jasa buat yang tinggal.

Copyright Themes © 2022