SMK Tun Habab Johan Pertandingan Kitar Semula E-Sisa

SMK Tun Habab telah dinobatkan sebagai johan Pertandingan Reka Cipta Kitar Semula E-Sisa anjuran SWM Environment Sdn. Bhd. dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar, Majlis Bandaraya Johor Bahru dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Pertandingan yang diadakan pada 3 Disember 2023 di Perpustakaan Sultan Ismail mendapat 40 penyertaan daripada sekolah rendah dan menengah.

SMK Tun Habab yang diwakili oleh kumpulan BerLima yang terdiri daripada Airis binti Harison Rizal, Airil bin Harison Rizal, Auni Insyirah binti Noor Azil, Darwisy Nur Amani binti Mohd Fareez dan Muhammad Ghaus bin Abu Bakar  telah membawa pulang sijil dan wang tunai RM1000. Hadiah disampaikan oleh Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor, Dr. Mohd Famey bin Yusoff bersama Ahli MBJB Zon Bandar Baru Uda, Datuk Yahya bin Jaafar dengan diiringi Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Tuan Haji Mohd Norlisam bin Mohd Nordin.

Tahniah kepada guru pembimbing, Cikgu Nurul Armalyna binti Aziz, Cikgu Siti Noor Azhanie binti Solahuddin, Cikgu Mohd Ulul Azmi bin Azis, Cikgu Mohd Nor Akmal bin Salleh dan Cikgu Mohd Firdaus bin Sayid.

#Kredit kepada laman Facebook SWM Environment

Copyright Themes © 2022