Taklimat myBAS Johor Bahru

Pada 29 November 2023, wakil Syarikat Handal Indah Sdn Bhd telah hadir ke SMK Tun Habab. Mereka terdiri daripada Encik Sonny Peru Cosme (PR dan Pakar Pemasaran), Encik Hafiz bin Ehsan dan Puan Shafikah (Pegawai Pemasaran) telah berbincang dengan Cikgu Husna binti Abd. Hadi (Pk Tingkatan 6) dan Cikgu Saharudin bin Abdullah (Guru Kokurikulum Tingkatan 6) untuk berbincang berkaitan dengan pertandingan Video Pendek myBAS.  Pertandingan ini bertujuan untuk menggalakkan para pelajar mempromosikan kelebihan menggunakan pengangkutan awam bagi perjalanan yang meliputi 5 koridor iaitu Kota Tinggi, Masai, Kulai, Gelang Patah, dan Pontian. Tiada bayaran yang dikenakan bagi warganegara Malaysia yang berkeperluan khas (mempunyai kad OKU), warga emas dan pelajar yang berumur di antara 7 hingga 17 tahun. 

Pengguna perlu mendaftar untuk mendapatkan pas myBASKonsesi secara atas talian atau di kaunter yang sah. Sila semak laman web myBASKonsesi untuk maklumat lanjut.

#Kredit kepada Cikgu Saharudin atas sumbangan gambar.

Copyright Themes © 2022