Rise Up Gold Junior

Hairul Hilmi bin Hairulazizi dari kelas 2 Al Biruni berjaya mengharumkan nama SMk Tun Habab apabila berjaya memenangi 2 pingat pada kejohanan memanah. Beliau berjaya mengutip pingat perak bagi acara Compound Mixed Team dan pingat gangsa bagi acara Compound L15 Elimination Round pada Kejohanan Rise Up Gold Siri 3 di SMK Sri Mersing pada 10 dan 11 November 2023.  

Tahniah kepada guru pembimbing dan  Hairul Hilmi dan semoga beliau terus cemerlang dalam acara memanah pada masa akan datang.

#Kredit kepada Cikgu Nurulfataheyah atas sumbangan gambar

Copyright Themes © 2022