Seminar Didik Rakyat SPM 2023

Seminar Didik Rakyat 2023 telah berlangsung di Dewan Seri Tun Habab pada 19 November 2023.  seminar ini dirasmikan oleh Puan Siti Khadijah binti Ibrahim yang merupakan Pengerusi Kelab Inspirasi Wanita Tenggara yang mewakili Yayasan Bank Rakyat. Turut hadir pada majlis Seminar Didik Rakyat ini ialah Dato’ Sri Dr Haji Adham bin Baba, Puan Noriasah binti Sadek (YDP PIBG SMK Tun Habab) dan Encik Samsudin bin Mohamad (Pengerusi Persatuan Alumni SMK Tun Habab). Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Bangsa Johor,  Negaraku dan Anak Suria. Diikuti dengan bacaan doa, ucapan alu-aluan oleh pengetua SMK Tun Habab, Tuan Haji Khairuddin bin Mustapha dan motivasi daripada Dato’ Sri Adham bin Baba.

Cenderamata turut disampaikan kepada penceramah jemputan, Cikgu Rahim bin Salman, penceramah bagi mata pelajaran Sejarah dan Cikgu Khairul Rashid bin Mohamad, penceramah bagi mata pelajaran Matematik.

Copyright Themes © 2022