Sentuhan Kasih : Dialog Prestasi STPM 2023 dan STPM 2024

Program Sentuhan Kasih telah diadakan pada 8 November 2023 di Dewan Tun Sri Lanang. Program ini adalah bertujuan untuk memastikan semua calon STPM 2023 dan STPM 2024 dapat mencapai Misi 333.

Dialog Prestasi Akademik STPM 2023 telah dibentangkan oleh PK Tingkatan 6, Cikgu Husna binti Abd. Hadi. Terdahulu majlis dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan daripada pengetua SMK Tun Habab, Tuan Haji Khairuddin bin Mustapha. Usai pembentangan pencapaian keputusan Semester 2 STPM 2023, semua pelajar diberikan maklumat oleh Ketua Unit Hal Ehwal Murid, Cikgu Harun bin Othman. Selepas rehar, program disambung semula dengan Misi 333 oleh Cikgu Rozani bin Sohar.

Copyright Themes © 2022