Harith Irfan Sertai International Robotics Challenge

Tahniah kepada Harith Irfan bin Hassan (3 Al Alusi) kerana telah menyertai Pertandingan Robotics Challenge yang dianjurkan oleh GoTechUp Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Harith Irfan mendapat tempat ke 33 bagi kategori Senior. 50 orang peserta telah menyertai pertandingan yang terdiri daripada Malaysia, Hong Kong, Jepun, Filipina dan lain-lain. 

Terdahulu Harith Irfan telah menghadiri bengkel Universal Robotics Challenge sebelum tarikh pertandingan. Pertandingan telah diadakan pada 30 Julai 2023 secara virtual dan keputusannya diumumkan pada 30 Oktober yang lalu.

Tahniah kepada Cikgu Mohd Nor Akmal dan Harith Irfan.

Copyright Themes © 2022