Pelancaran Duta Sahsiah : Pemangkin Pembentukan Karakter Karamah Insaniah

Pada 31 Oktober 2023 telah diadakan Mjalis Pelancaran Duta Sahsiah : Pemangkin Pembentukan Karakter Karamah Insaniah peringkat sekolah di Musolla Al Habib. Majlsi dimulakan dengan nyanyian lagu Bangsa Johor, Negaraku dan Anak Suria. Seterusnya bacaan doa dan ucapan daripada ASP Azri bin Mohd Yaa’kub (Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah Keselamatan Komuniti Daerah Kota Tinggi) yang merupakan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS).  

Pengetua SMK Tun Habab, Tuan Haji Khairuddin bin Mustapha menyampaikan ucapan dan menyempurnakan majlis yang dihadiri oleh semua guru, pelajar tingkatan 3 dan tingkatan 4. Dua orang pelajar telah dipilih sebagai Duta Sahsiah iaitu Aydil Irfan bin Hairullizam (4 Al Farabi) dan Syairah binti Suradi (4 Al Biruni).

Majlis diakhir dengan penyampaian cenderamata kepada pelajar yang hadir ke sekolah 100% oleh Encik Norwanidi bin Hassan selaku Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi, Unit Pentaksiran dan Peperiksaan.

#Kredit kepada Duta Penggerak Digital atas sumbangan gambar

Copyright Themes © 2022