DPD Hasilkan Video Montaj Pesta Pantun Kebangsaan

Usaha Duta Penggerak Digital (DPD) menyediakan video montaj Pesta Pantun Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 mendapat pujian daripada Tuan Haji Anuar bin Sukiran yang merupakan Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor. 

5 orang DPD SMK Tun Habab telah berkampung di Hotel Seri Malaysia untuk membuat liputan sepanjang pesta pantun di pelbagai lokasi seperti Sekolah Perempuan Sultan Ibrahim (SIGS), SK(P) Sultan Ibrahim,  SK Temenggong Abdul Rahman 1, SK Temenggong Abdul Rahman 2 dan Kompleks Yayasan Warisan Johor.

Montaj pesta pantun 5 minit ini telah dipaparkan semasa Majlis Penutupan Rasmi Pesta Pantun Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 di Kompleks Yayasan Johor.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Cikgu Durriyah binti Abd Rahim yang sedia membawa Duta Penggerak Digital ke lokasi pertandingan dengan selamat. Terima kasih juga kepada Encik Mohd Kamal Iskandar bin Mohd Shafri, pegawai USTP Kota Tinggi dan guru SK Bukit Lintang kerana sudi memberi bimbingan kepada para pelajar.

#Kredit kepada Duta Penggerak Digital atas sumbangan gambar dan video

Copyright Themes © 2022