Pelajar SMK Tun Habab Sertai Kem Dronegineers

Lapan orang pelajar SMK Tun Habab telah menyertai Bootcamp Johor Young Dronegineers (BJYD) di Hotel Seri Malaysia pada 23 hingga 25 Oktober 2023. BJYD ini telah dirasmikan oleh YB Cik Norlizah binti Noh yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor. Cikgu Khairul Anuar bin Hasan dan Cikgu Nur Nadirah binti Taib turut terlibat dengan program anjuran kerajaan negeri Johor.  pelajar-pelajar yang terlibat adalah pelajar tingkatan 3 dan 4 :

  1. Nurshiela Melissa binti Mohamad Lazim – 4 Al Khawarizmi
  2. Mohd Najmi Bin Sazali – 3 Al Farabi
  3. Arissa Nabila Binti Azmi – 4 Al Alusi
  4. Abdullah Ariff Bin Rahmat
    3 Ibnu Khaldun
  5. Hilman Awateef Zin bin Hanbal Hafeez Zin – 3 Ibnu Khaldun
  6. Muhammad Irsyad Waffi bin Azhar – 3 Al Alusi
  7. Nur Iris Rania Binti Wahyu Hidayat – 3 Al Alusi
  8. Amaanii Madiihah Binti Mahadi – 3 Al Farabi

Semua pelajar menjalani bengkel teori dan praktikal. Guru penasihatnya, Cikgu Khairul Anuar turut sama berkongsi pengalaman semasa menguruskan Kelab Dron SMK Tun Habab sejak tahun 2017. SMK Tun Habab pernah menyertai Pertandingan Dron peringkat antarabangsa di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada tahun 2018 dan mengadakan pameran Dron di peringkat kebangsaan di Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan pada tahun 2017 dan 2018 sempena Anugerah Pembestarian Sekolah.

Tahniah kepada semua yang terlibat. Semoga ilmu dan kemahiran yang diberikan ini dapat digunakan untuk perkara yang bermanfaat.

#Kredit kepada Cikgu Khairul Anuar dan Cikgu Nadirah atas sumbangan gambar

Copyright Themes © 2022