Program Kunjungan Kasih Sempena Persaraan Cikgu Mahnita

Pada 9 Oktober 2023, SMK Tun Habab menerima kunjungan mesra daripada bekas guru iaitu Cikgu Mahnita binti Ahmad. Program Kunjungan Kasih adalah bersempena dengan persaraan beliau sebagai pegawai pendidikan pada 19 Oktober 2023.

Cikgu Mahnita pernah berkhidmat sebagai guru Bahasa Melayu di SMK Tun Habab sebelum beliau berpindah ke PPD Kota Tinggi sebagai pegawai SIS+ Bahasa Melayu Sekolah Rendah dan Menengah. Beliau dilantik sebagai Guru Cemerlang Bahasa Melayu sepanjang tempoh beliau mengajar di SMK Tun Habab.

Terima kasih kepada Cikgu Mahnita kerana pernah menabur bakti di sini. Hanya Allah jua yang boleh membalasnya. Terima kasih cikgu!

Kuning emas masaknya padi,

Mawar merah dalam jambangan,

Terima kasih daun keladi;

Budi tuan jadi kenangan.

#Kredit kepada Duta Penggerak Digital atas sumbangan gambar 

Copyright Themes © 2022