Pelancaran 100 Hari SPM 2023

Pelancaran 100 Hari SPM telah berlangsung di Dewan Seri Tun Habab pada 22 Oktober 2023. Program anjuran SMK Tun Habab dan PPD Kota Tinggi ini telah dilancarkan oleh Penolong Pegawai PPD Kota Tinggi, Encik Norwanidi bin Hassan. Pengerusi Alumni SMK Tun Habab, Encik Samsudin bin Mohamad dan YDP PIBG, Puan Noriasah binti Sadek turut hadir pada majlis ini.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh pelajar tingkatan 5 dan diteruskan dengan ucapan kata alu-aluan daripada pengetua SMK Tun Habab, Tuan Haji Khairuddin bin Mustapha. Encik Norwanidi telah dijemput memberikan ucapan dan sekaligus merasmikan 100 Hari SPM serta menyampaikan diari 100 SPM kepada semua calon SPM 2023.  Semua calon SPM menerima diari atau buku log yang boleh ditulis sepanjang 100 hari sebelum SPM.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua guru tingkatan 5 yang terlibat.

#Kredit gambar Duta Penggerak Digital atas sumbangan gambar

Copyright Themes © 2022