SMK Tun Habab Tempat Keempat Bolasepak Choco More

Kejohanan Bola Sepak Julie’s Choco More Bola More Peringkat Negeri Johor telah berlangsung pada 20 dan 21 Oktober 2023 di Stadium Austin, Johor Bahru. Pada penentuan ke pusingan akhir, PLD Batu pahat berjaya menewaskan SMK Tun Habab dengan 3 – 1. Pada penentuan tempat ketiga pasukan SMK Tun Habab tewas nipis dengan pasukan dari Pasir Gudang dengan jaringan 2-3.

Tahniah diucapkan kepada semua pemain, pengurus dan jurulatih. Terima aksih kepada pengetua SMK Tun Habab, Tuan Haji Khairuddin bin Mustapha kerana turut hadir memberikan sokongan kepada pemain.

#Kredit kepada Tuan Haji Khairuddin dan Cikgu Thalhah atas sumbangan gambar

Copyright Themes © 2022