Program Demokrasi Kita

Program Demokrasi Kita telah berlangsung di Dewan Seri Tun Habab pada 18 Oktober 2023. Program ini berkolaboeasi dengan Pejabar Penerangan Daerah Kota Tinggi, Suruhanjaya Pilihanraya dan Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi, Program yang bermatlamat untuk mendidik pelajar tentang proses pilihan raya di Malaysia dirasmikan oleh YB Rashidah binti Ismail yang merupakan Ahli Dewan Undangan Begeri (ADUN) Pasir Raja.

Pengetua SMK Tun Habab,  Tuan Haji Khairuddin bin Mustapha turut mengiringi YB Rashidah sepanjang program Demokrasi Kita. Turut hadir ialah Tuan Haji Mohammad Zaidad bin Abdul Samad yang merupakan Timbalan Pengarah Suruhanjaya Pilihanraya Negeri Johor, Encik Mohd. Nasharudin bin Mohd. Shah (Pegawai Pejabat Penerangan Kota Tinggi) dan Tuan Haji Ishak bin Ismail (Penolong Prgawai PPD Kota Tinggi). Sekolah-sekolah di sekitar Kota Tinggi turut dijemput iaitu SMK Taman Kota Jaya, SMK Bandar, SMKA Bandar Penawar, Kolej Vokasional Kota Tinggi dan tidak ketinggalan SMK Tun Habab selaku tuan rumah untuk program Demokrasi Kita.

Semua pelajar yang hadir diberikan taklimat dan pengalaman dimana mereka perlu mendaftar sebagai pemilih di kawasan masing-masing. 4 orang calon yang bertanding didedahkan dengan proses penamaan calon. Usai aktiviti berkempen, semua pelajar diberikan masa untuk mengundi mengikut simulasi pilihan raya yang sebenar.

YB Rashidah juga sempat meluangkan masa untuk melawat persekitaran sekolah dengan diiringi YDP PIBG SMK Tun Habab, Puan Noriasah binti Sadek. Mereka telah dibawa melawat Pusat Sumber SMK Tun Habab dan Studio TVPSS, Habab TV. Beliau telah diberikan penerangan berkaitan dengan Pusat Sumber oleh Cikgu Rafidah bin Mustafa dan aktiviti-aktiviti TVPSS oleh Cikgu Khairul Anuar bin Hasan. 

#Kredit kepada Duta Penggerak Digital atas sumbangan gambar

Copyright Themes © 2022