Lawatan Penanda Aras Ke Studio TV Gonang

Pada 11 Oktober 2023, SMk Tun Habab bersama rombongan dari negeri Johor telah membuat lawatan penanda aras Studio TVPSS di SK Gong Nangka. Kehadiran rombongan dari negeri Johor ini telah disambut oleh pegawai SSTP Negeri Terengganu dan guru besar SK Gong Nangka , Encik Mohammad Samsuri bin Omar. 
Guru besar SK Gong Nangka telah memberikan taklimat ringkas berkaitan dengan TVPSS atau dikenali dengan nama TV Gonang. Rombongan turut dibawa melawat ke Studio TV Gonang, Kelab Aeronautikal (satu-satunya yang ada di Malaysia) dan klinik simulasi yang diberi nama Klinik Az Zahrawi.

Tahniah kepada barisan pentadbir dan Guru Penyelaras Media (GPM) SK Gonang. 

Copyright Themes © 2022