SMK Tun Habab Naib Johan Studio TVPSS Peringkat Kebangsaan

Pada 10 Oktober 2023  yang lalu. SMK Tun Habab telah dijemput untuk menghadiri Majlis Pengiktirafan Pertandingan TVPSS Peringkat Kebangsaan Tahun 2023. Seramai 8 orang Duta Penggerak Digital yang diiringi oleh Cikgu Rafidah binti Mustafa dan Cikgu Anum binti Mahat serta pengetua SMK Tun Habab, Tuan Haji Khairuddin bin Mustapha  telah menyertai rombongan dari negeri Johor ke Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu.

SMK Tun Habab telah dinobatkan sebagai Naib Johan Pertandingan Studio TVPSS Peringkat Kebangsaan 2023, tewas dengan Sekolah Menengah Agama Setiu, Terengganu. Manakala tempat ketiga pula dimenangi oleh SMK Rancha Rancha, Wilayah Persekutuan Labuan. Wakil Duita Penggerak Digital telah menerima trofi dan sijil. Tahniah diucapkan kepada guru pembimbingnya Cikgu Noorazlizawatie binti Ahmad (telah berpindah ke SMK Tengku Indera Putera 1, Kelantan), Cikgu Khairul Anuar bin Hasan, Cikgu Rafidah binti Mustafa dan semua guru yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung atas kejayaan ini. Terima kasih juga kepada pengetua SMk Tun Habab, Tuan Haji Khairuddin bin Mustapha kerana sentiasa memberi sokongan kepada guru dan Duta Penggerak Digital.

Keputusan penuh Pertandingan TVPSS Peringkat Kebangsaan Tahu n 2023 adalah seperti berikut :

Kategori Studio Sekolah Menengah

Johan – Sekolah Menengah Agama Setiu, Terengganu

Naib Johan – SMK Tun Habab, Kota Tinggi, Johor

Ketiga – SMK Rancha Rancha, WP Labuan

Kategori Ikon Pengawas PSS Sekolah Menengah

Johan – Mariah binti Azmir Faizal, Kolej Tunku Kurshiah, Negeri Sembilan

Naib Johan – Nasrullah bin Hanuddin, SMK Rancha Rancha, WP Labuan

Ketiga – Hasya Khairina binti Ahmad Firdaus, SMK Taman Rinting 2, Johor Bahru

Kategori Video Sekolah Menengah

Johan – Nasi Ambeng Warisan Jawa, SAMT Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Selangor

Naib Johan – Memugar Warisan Tikar Mengkuang, SMK Paka, Terengganu

Ketiga =Birarak Gawai, SMK Tebedu, Sarawak

Kategori Ikon Guru Sekolah Menengah

Johan – Nik Mastura binti Nik Ismaik, SMK Taman Molek, Johor Bahru, Johor

Naib Johan – Siti Mariam binti Che Omar, SMK Saujana Utama, Selangor

Ketiga – Kamal Mizan bin Ismail@Abdullah, SMK Paka, Terengganu

Ikon Murid Sekolah Menengah

Johan – Suri Norfarisha Fazreen binti Fuzlan, SMK Sultan Ahmad, Terengganu

Naib Johan – Muhammad Fahim Rahimi bin Zamrul Azlan, SM Sains, Selangor

Ketiga – Aafiq bin A’amar, SMK Syed Hassan, Perlis

Copyright Themes © 2022