SMK Tun Habab Tempat Keempat Drama Bahasa Melayu MBMMBI Kebangsaan

Pada 19 hingga 22 September 2023, SMK Tun Habab telah mewakili Negeri Johor dalam Petandingan Drama Bahasa Melayu MBMMBI Peringkat Kebangsaan yang dilaksanakan di BCIC Kuantan dan Sri Manja Boutique Hotel dibawah kelolaan KPM dan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang dengan tema Anak Baik lagi Cerdik.

Tahniah juga diucapkan kepada Suryati Misono kerana telah berjaya membawa pulang Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dalam pertandingan kali ini.

Seramai 15 orang murid Produksi Matahariku SMK Tun Habab terlibat bersama seorang Guru Pembimbing dan  seorang Pengurus Pasukan dan kehadiran tuan pengetua pada hari pertandingan menambah semangat peserta daripada SMK Tun Habab untuk terus berjuang di pentas Kebangsaan.

Terima kasih juga kepada Alumni Produksi Matahariku yang turut sama membantu daripada pertandingan daerah sehingga kebangsaan. Kemenjadian murid dalam pembentukan sahsiah dan bakat menjadi bukti kecemerlangan SMK Tun Habab dalam melahirkan murid yang berketerampilan.

#Kredit kepada Cikgu Nurashikin atas sumbangan artikel dan gambar

Copyright Themes © 2022