Pemilihan Pemain Badminton Pesta Kokurikulum Tingkatan 6

Pemilihan pemain badminton untuk Pesta Kokurikulum Tingkatan 6 telah diadakan pada 21 September 2023 di Dewan Tembioh, Kota Tinggi. 

Semua pelajar tingkatan 6 Semester 1 STPM 2024 dan Seemster 3 STPM 2023 telah melibatkan diri dalam pemilihan ini dan beberapa orang pelajar lelaki dan perempuan telah dipilih untuk menjalani latihan. Mereka akan mewakili sekolah pada pertandingan badminton yang bakal berlangsung pada 5 Oktober 2023 di Dewan Nusantara, Kampung Jawa.

#Kredit kepada pelajar tingkatan 6 atas sumbangan gambar

Copyright Themes © 2022