Pasukan Bola Sepak JDT SMK Tun Habab Johan MSSD Kota Tinggi B-18

Kejohanan Bola Sepak B-18 tahun MSSD Kota Tinggi telah berlangsung pada 17 hingga 20 September 2023.

Pasukan JDT SMK Tun Habab berjaya mengekalkan prestasi cemerlang daripada awal perlawanan hingga pada perlawanan akhir. Terdahulu pasukan SMK Tun Habab berjaya menjadi juara kumpulan. Seterusnya melayakkan diri ke suku akhir dan berjaya menewaskan Kolej Vokasional Kota Tinggi dengan jaringan 3 – 0 dan menewaskan SMK Lokman Hakim dengan jaringan yang sama di peringkat separuh akhir.

SMK Tun Habab berjaya menewaskan pasukan dari SMK Bandar Penawar dengan 5 jaringan berbalas 1 dan sekaligus muncul juara Kejohanan Bola Sepak B-18 tahun MSSD Kota Tinggi.

 

Beberapa orang pemain JDT SMK Tun Habab juga telah memenangi beberapa kategori dalam perlawanan akhir menentang SMK Bandar Penawar.

Pemain Terbaik

Muhammad Khalis Fitri bin Khairul Anuar

Penjaga Gol Terbaik

Muhammad Hamzi bin Zahar

Penjaring Terbanyak

Muhammad Qoiyum Nor Iman bin Sukardi

Tahniah diucapkan kepada pengurus pasukan, Cikgu Mohd Thalhah bin Mat Noh dan ketua jurulatih yang baharu, Cikgu Mohamed Ezaq bin Mohd Zin. Walaupun pasukan JDT SMK Tun Habab kehilangan jurulatih utama, Cikgu Zuhariri bin Md. Piah yang berpindah ke Kelantan, namun pasukan bola sepak bimbingan Cikgu Ezaq tidak goyah.

Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat.

#Kredit kepada Cikgu Mohd Thalhah atas sumbangan gambar

Copyright Themes © 2022