Program Motivasi SPM Bersama Ustaz Muliade

Pada 12 September 2023, Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Tun Habab dan SMK Laksamana telah mengadakan ceramah motivasi untuk calon SPM 2023. Program motivasi ini berlangsung di Dewan Seri Tun Habab yang melibatkan lebih kurang 300 orang pelajar. 

Penceramah jemputan Ustaz Muliade bin Umat@Bidin telah menyampaikan ceramahnya hampir 3 jam bersama pelajar. Semua pelajar menunjukkan minat dan aktif sepanjang program berkenaan. Semoga SPM 2023 bakal mencatatkan keputusan yang cemerlang di daerah Kota Tinggi.

Pada jam 11.00 pagi, pelajar-pelajar aliran Sains SMK Tun Habab turut mendengar taklimat Hala Tuju SPM yang disampaikan oleh Cikgu Siti Khadijah binti Omar .

Copyright Themes © 2022