Majlis Anugerah Kilauan Bestari 2023 Disambut Meriah

Majlis Anugerah Kilauan Bestari 2023 telah berlangsung pada 10 September 2023 di Dewan seri Tun Habab. Majlis ini bertujuan untuk meraikan para pelajar yang berjaya dalam peperiksaan SPM dan STPM bagi tahun 2022. 

Tepat jam 9.00 pagi, Tuan Haji Jamalludin bin Mohd Zakaria yang mewakili Timbalan Pengarah Pendidikan (Sektor Pengurusan sekolah) tiba untuk merasmikan majlis dengan diiringi oleh pengetua SMk Tun Habab, Tuan Haji Khairuddin bin Mustapha dan YDP PIBG SMK Tun Habab, Puan Noriasah binti Sidek. 

Tuan Haji Jamalludin bin Mohd Zakaria yang merupakan Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pengurusan sekolah (UPP) di Jabatan Pendidikan negeri Johor turut menyampaikan maklumat berkaitan dengan pencapaian keseluruhan calon SPM dan STPM 2022 . 2 orang pelajar telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Seri Kencana dimana anugerah diberikan kepada calon mencapai kejayaan dalam akademik. Manakala 3 orag calon pula diberikan Anugerah Glorious Tun Habab atas pencapaian akademik, koakademik dan kokurikulum. Persembahan violin dan nyanyian daripada pelajar-pelajar SMK Tun Habab terus menyerikan majlis ini.

Tahniah diucapkan kepada penerima anugerah.

Copyright Themes © 2022