SMK Tun Habab Terima Gold Award di Jambori Pengakap Peringkat Antarabangsa

Tahniah kepada pasukan Pengakap SMK Tun Habab yang diwakili oleh Putri Nawwarah Izzati (5 Al Farabi), Auni Khairina (3 Ibnu Sina), Ilanurzanati (4 Al Farabi), Fatimah AzZahrah (3 Ibnu Khaldun) dan Nuraina Zafirah (4 Al Farabi) kerana telah diumumkan sebagai penerima Gold Award dalam pertandingan World Young Investors 2023 di Jambori Pengakap peringkat Antarabangsa di Sangkhom Islam Wittaya School, Songkhla Thailand pada 27 Ogos 2023 yang lalu.

Iniovasi yang dibawa oleh pasukan ini bertajuk Papossible yang telah dibangunkan oleh Cikgu Khairul Anuar bin Hasan, Cikgu Nadirah binti Taib dan pasukannya. Tahniah kepada semua yang terlibat.

Copyright Themes © 2022