Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2023

Pada 16 Ogos 2023 telah berlangsung pelancaran Bulan Kemerdekaan 2023 di Dewan Seri Tun Habab. Program dianjurkan oleh bidang Sains Sosial yang diketuai oleh Guru Kanan Mata Pelajaran Sains Sosial, Cikgu Tang Sin Kie. Program dihadiri oleh semua guru panitia yang berada dalam bidang Sains Sosial dan pelajar-pelajar Tingkatan 4 memandangkan peperiksaan pertengahan tahun 2023 sedang berlangsung.  

Majlis yang dirasmikan oleh pengetua SMK Tun Habab, Tuan Haji Khairuddin bin Mustapha adalah bersempena dengan Hari Kemerdekaan negara kita yang bakal disambut pada 31 Ogos 2023 dengan tema Tekad Perpaduan Penuhi Harapan dan Hari Malaysia pada 16 September 2023. Pelbagai aktiviti akan berlangsung selepas selesai peperiksaan pertengahan tahun nanti.

#Kredit kepada Cikgu Hasimah atas sumbangan gambar

Copyright Themes © 2022