Pasukan Bola Jaring SMK Tun Habab Juara Berganda

Tahniah kepada pasukan bola jaring SMK Tun Habab apabila berjaya mengekalkan kejuaraan pada tahun ini. Kejohanan berlangsung di Komplek Rakan Muda Sukan Air dan Udara (KRAMSAU) di bandar Penawar pada 26 dan 27 Julai 2023.  SMK Tun Habab telah menyapu bersih kedua-dua kategori 15 Tahun dan 18 Tahun. Pada peringkat akhir 15 Tahun, pasukan SMK Air Tawar tewas kepada SMK Tun Habab dengan jaringan 7 – 10. Manakala SMK Tun Habab berjaya menumpaskan pasukan senior SMK Air Tawar dengan jaringan 13-7 bagi kategori 18 Tahun. Sekaligus SMK Tun Habab adalah pasukan yang berjaya mengekalkan keunggulan apabila mengekalkan kejuaraan berganda selama 3 tahun berturut-turut. Berikut adalah keputusan penuh Kejohanan Bola Jaring MSSD Kota Tinggi.

BOLA JARING U15

Penghadang Terbaik

Nurhaziqah bt Muhammad (3 Al Jauzi)

Penjaring Terbaik

Nurasyila bt Mohd Rizal (3 Al Jauzi)

Penyerang Terbaik

Nur Hannah Balqish bt Noor Azhar (3 Al Jauzi)

Pemain Terbaik

Erma Afiqah Fazlin bt Alilan (2 Al Farabi)

BOLA JARING U18

Penjaring Terbaik

Nur Alya Alifah bt Mohd Suhardi (4 Khawarizmi)

Pemain Terbaik

Putri Nawwarah Izzati bt Jefri (5 Al Farabi)

JOHAN KESELURUHAN

SMK TUN HABAB 🏆🏆

Tahniah diucapkan kepada pengurus pasukan, jurulatih dan para pemain.

#Kredit kepada Cikgu Nurhidayah atas sumbangan gambar

Copyright Themes © 2022