Duta Penggerak Digital Sertai Bengkel Kewartawanan

Pada 13 Julai 2023, Unit ICT SMK Tun Habab telah mengadakan Bengkel Kewartawanan di Dewan Tun Sri Lanang. Dua orang penceramah yang berpengalaman luas dalam bidang kewartawan telah dijemput iaitu Encik Mohd Sharkawi bin Londing dan Puan Mastura binti Suradi.

Encik Mohd Sharkawi mempunyai pengalaman 10 tahun dalam bidang kewartawanan merupakan Ketu Unit Pengarang bagi akhbar Kosmo. Manakala Puan Mastura pula berpengalaman selama 12 tahun sebagai wartawan Kosmo yang berpangkalan di Kota Tinggi.

Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kerjaya wartawan kepada Duta Penggerak Digital dan garis panduan menulis media cetak atau elektronik.

Pengetua SMK Tun Habab, Tuan Haji Khairuddin bin Mustapha sangat berbesar hati kerana bengkel seumpama ini perlu diberikan kepada para pelajar khususnya Duta Penggerak Digital agar maklumat yang disampaikan melalui seperti Majalah Suria (majalah rasmi sekolah),  Instagram, Facebook dan portal sekolah adalah tepat dan terkini.

Tahniah kepada Cikgu Noorazlizawatie binti Ahmad (Guru pembimbing Duta Penggerak Digital) dengan kerjasama Alumni SMK Tun Habab dapat menganjurkan bengkel kewartawanan peringkat sekolah.

Copyright Themes © 2022