Pendaftaran Pelajar Tingkatan 6 STPM 2024

Tahniah dan selamat datang kepada semua pelajar baharu Tingkatan 6. Berikut adalah maklumat yang diperlukan semasa pendaftaran Tingkatan 6 Sesi 2023/2024. Pendaftaran akan berlangsung di Dewan Seri Tun Habab. Sila ambil perhatian kepada pelajar yang terlibat. 

BAYARAN PENDAFTARAN : RM50

PAKAIAN : Rasmi Tingkatan 6

📍LELAKI
1. Kemeja formal lengan panjang atau pendek.
2. Bertali leher
3. Seluar slack berwarna gelap
4. Berkasut

📍PEREMPUAN ISLAM
1. Baju kurung
2. Bertudung sopan serta menutup dada
3. Berkasut

📍PEREMPUAN BUKAN ISLAM
1. Baju kurung / Blouse formal dan sopan
2. Skirt labuh(bawah lutut) atau seluar slack berwarna gelap
3. Berkasut

✔️DOKUMEN ASAL DAN SALINAN YANG WAJIB DI BAWA SEMASA PENDAFTARAN :
1. Surat Tawaran Tingkatan 6
2. Keputusan SPM 2022
3. Kad Pengenalan
4. Sijl Kelahiran

Copyright Themes © 2022