Bengkel Pemerkasaan Kompetensi Cetakan 3D

Pada 10 Julai 2023, Unit ICt SMK Tun Habab telah menganjurkan Bengkel Pemerkasaan Kompetensi Cetakan 3D di Dewan Tun Sri Lanang. Program ini mendapat kerjasama dengan pihak Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai.

Penceramah jemputan adalah pensyarah daripada Fakulti Kejuruteraan Mekanikal yang terdiri daripada Encik Roslin bin Yasak, Puan Kasmawati binti Gumanti dan Encik Riyadh bin Zulkifli. 

Bengkel ini menyasarkan semua pelajar tingkatan 4 yang mengambil mata pelajaran Sains Komputer dan secara tidak langsung dapat meningkatkan nilai tambah / kemahiran kepada semua pelajar yang terlibat.

Copyright Themes © 2022