Penilaian Amalan Adab ABC

Pada 26 Jun 2023, SMK Tun Habab telah menerima kehadiran 4 orang penilai dari Kementerian Pendidikan Malaysia. Kehadiran mereka adalah bertujuan untuk memantau sejauhmana amalan adab ABC dilaksanakan di sekolah.  Slogan yang sering disebut oleh Ketua Pengarah pendidikan Melaysia YB Dato’ Haji Pkaruddin bin Haji Ghazali ini memfokuskan kaedah untuk melahirkan pelajar yang mempunyai sahsiah yang baik, sekaligus meningkatkan daya intelektual dalam kalangan pelajar.

4 orang pegawai pendidikan ynag menilai terdiri daripada Puan Suhana binti Sarmadan (Penolong Pengarah Pendidikan, JPNJ), Dr. Suria binti Abd. Jamil (Nazir Kanan), Nurul Amhani binti Jasan Ahpandi (IPGKTI) dan  Cik Siti Hajar bt Abd Rahman (Penolong Pengarah Pendidikan, JPNJ).

Semoga penilaian ini bukan bersifat sementara tetapi kekal menjadi darah daging pelajar-pelajar terutamanya pelajar SMK Tun Habab.

#Kredit kepada Cikgu Siti Khadijah atas sumbangan gambar

Copyright Themes © 2022