Pelancaran Amalan Adab ABC

Pelancaran Amalan Adab ABC telah berlangsung di Dewan Seri Tun Habab pada 20 Jun 2023 jam 7.20 pagi. Program dimulakan dengan bacan doa oleh pelajar dan diikuti dengan ucapan daripada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Cikgu Norizan binti Mohamad. Seterusnya ucapan pengetua SMK Tun Habab, Tuan Haji Khairuddin bin Mustapha dan seterusnya beliau melancarkan Amalan Adab ABC.

ABC adalah akronim daripada perkataan Anak Yang Baik Lagi Cerdik yang telah dilancarkan oleh Menteri Pendidikan Malaysia, YB Fadhlina binti Sidek. Amalan adab ABC ini merangkumi 10 perkara iaitu :

  1. Mengucapkan salam
  2. Menyapa
  3. Menyusun kasut
  4. Berbahasa
  5. Beratur
  6.  Membantu
  7. Berterima kasih
  8. Hormat menghormati
  9. Menjaga kebersihan
  10. Menggunakan alatan dan kemudahan di sekolah

Semoga amalan ini terus kekal dalam diri mereka biarpun mereka telah tamat pembelajaran di sekolah.

#Kredit kepada Duta Penggerak Digital atas sumbangan gambar

Copyright Themes © 2022