Mesyuarat Agung Tahunan PIBG dan Aku Janji SPM dan STPM 2023

Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Tun Habab  Kali Ke 46 telah berlangsung pada 25 Jun 2023 di Dewan Seri Tun Habab. Mesyaurat dimulakan pada jam 10.00 pagi. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti dengan ucapan Yang DiPertua PIBG, Puan Noriasah binti Sadek dan pembentangan oleh setiausaha dan bendahari PIBG.  Seterusnya Jawatankuasa PIBG Sesi 2022/2023 dibubarkan. Tahniah kepada Puan Noriasah binti Sadek kerana masih kekal sebagai Yang DiPertua PIBG Sesi 2023/2024. Barisan Jawatankuasa PIBG juga kekal dan masih diberikan kepercayan penuh oleh para ibu bapa yang menghadiri mesyuarat.

Usai Mesyuarat PIBG, program disambung dengan Aku Janji SPM dan STPM 2023. Pengetua SMK Tun Haji Khairuddin bin  Mustapha menyampaikan kata alu-aluan dan seterusnya perasmian Majlis Aku Janji SPM dan STPM 2023 oleh Encik Samsudin bin Mohamad yang merupakan pengerusi Alumni SMK Tun Habab. Pada majlis berkenaan telah dibentangkan pencapaian akademik SPM oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Cikgu Mohamad Radzi bin Ismail. Manakala Penolong Kanan Tingkatan, Cikgu Husna binti Abd. Hadi pula membentangkan prestasi mata pelajaran STPM. 

Seterusnya akad penyerahan dan aku janji oleh wakil ibu bapa. Diikuti dengan akad penyerahan dan ikrar aku janji wakil guru dan ikrar aku janji oleh pelajar SPM dan STTPM. Majlis selesai pada jam 1,00 tengah hari.

Copyright Themes © 2022