SMK Tun Habab Naib Johan Forum

SMK Tun Habab telah dinobatkan sebagai Naib Johan Forum Remaja Peringkat Negeri Johor dan juga mendapat anugerah Ahli Forum Terbaik iaitu saudari Syairah binti Suradi. Turut mara ke peringkat akhir ialah SMK Senggarang, SM Tinggi Segamat, SMK Tun Aminah, SMK Bukit Gambir dan SMK Taman Johor Jaya (1). Naib Johan menerima wang tunai RM700, sijil dan trofi. Manakala Ahli Forum Terbaik menerima wang tunai RM200, sijil dan trofi. Pertandingan yang berlangsung di Auditorium ADTEC, Batu Pahat adalah anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor. 

Tahniah diucapkan kepada guru pembimbing dan para pemenang.

Copyright Themes © 2022