SMK Tun Habab Kehilangan Cikgu Tasha

Tepat jam 12.00 malam pada 19 Jun 2023, warga SMK Tun Habab  menerima berita dukacita apabila dimaklumkan bahawa Cikgu Normalianaantasha binti Abd. Razak atau lebih dikenali sebagai Cikgu Tasha telah menghembuskan nafas yang terakhir di Hospital Sultan Ismail Johor Bahru.

Pemergian Allahyarhamah Cikgu Tasha adalah disebabkan penyakit kanser yang dihidapinya sejak 3 tahun yang lalu. Jenazah beliau akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Makam Dagang Kota Tinggi. Semoga Allah tempatkan dikalangan orang-orang yang soleh.

Copyright Themes © 2022