SMK Tun Habab Naib Johan Sketsa Rukunegara

Pertandingan Sketsa Rukunegara Kelab Malaysiaku Peringkat Negeri Johor telah berlangsung di SMK Agama Bandar Penawar. Produksi Matahariku yang mewakili SMK Tun Habab turut menghantar penyertaan sketsa yang bertajuk Jambatan Kampung Serumpun Buluh.

Tahniah kepada pasukan SMK Tun Habab kerana berjaya muncul sebagai naib johan peringkat negeri Johor. Mereka menerima hadiah trofi dan wang tunai RM1500. Tahniah kepada guru pembimbing, Cikgu Nurashikin binti Ishak dan para pelakon sketsa.

*Kredit gambar kepada Tuan Haji Khairuddin 

Copyright Themes © 2022