Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengerusi Unit Kokurikulum

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengerusi Unit Kokurikulum telah berlangsung pada 14 Jun 2023 di Dewan Seri Tun Habab. Program dirasmikan oleh pengetua SMK Tun Habab, Tuan Haji Khairuddin bin Mustapha bertujuan untuk memberikan pengiktirafan kepada pemimpin pelajar yang dilantik dalam organisasi masing-masing. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Bangsa Johor dan Negaraku. Kemudian diikuti dengan bacaan doa dan ucapan dari Cikgu Norzita binti Yunos, PK Kokurikulum. Seterusnya ucapan dari tuan pengetua dan penyampaian watikah pelantikan kepada pengerusi kelab/persatuan, PBB, sukan dan permainan dan rumah sukan. Bacaan ikrar pelajar dan rukunegara serta nyanyian lagu Anak Suria mengakhiri majlis ini.

Semoga mereka dapat menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan berkhidmat dengan cemerlang. Tahniah kepada semua pemimpin pelajar Unit Kokurikulum. 

Copyright Themes © 2022