Majlis Sekalung Budi Sejambak Kasih : Cikgu Fairus

Tepat jam 5.00 petang pada 13 Jun 2023 telah berlangsung Majlis Sekalung Budi Sejambak Kasih meraikan perpindahan Cikgu Fairus binti Abd. Ghani. Beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di SMK Taman Seri Saujana (SMKTSS) mulai 14 Jun 2023.

Majlis bersama dengan pelajar sesi petang ini berlangsung di Dewan Seri Tun Habab. Cikgu Fairus mula berkhidmat dengan cemerlang di SMK Tun Habab pada 1 Jun 2017 sebagai Penolong Kanan Petang. Semoga beliau akan terus berkhidmat dengan penuh integriti di SMKTSS.

Dari Bintulu ke kota Kuching
Hendak membeli raga rotan
Perpindahan saudara doa diiring
Jemput singgah bila berkesempatan

Berdayung sampan ke Tanah Semenanjung
Hendak membeli tikarlah rotan
Budi dikenang bakti disanjung
Kekal subur dalam ingatan

Petikan pantun dari 1001ucapan.com.

Terima kasih Cikgu Fairus. Namamu tetap subur dihati.

Copyright Themes © 2022