Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Murid 2023

Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Murid 2023 telah berlangsung pada 11 Jun 2023 di Dewan Seri Tun Habab. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan alu-aluan pengetua SMk Tun Habab, Tuan Haji Khairuddin bin Mustapha dan diikuti dengan perasmian oleh Penolong Pegawai Pendidikan Hal Ehwal Murid PPD Kota Tinggi, Encik Roslan bin Mohamad Noh. Penyampaian watikah dimulakan dengan penyampaian sijil kepada barisan pengerusi kelas, Exco Asrama Pusat Kota Tinggi, Pembimbing Rakan Sebaya dan Pengawas BADAR, Duta Penggerak Digital, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas, Student Leaders Board dan Majlis Pemimpin Pelajar Tingkatan 6.

Tahniah kepada semua murid yang menerima lantikan sebagai pemimpin murid di SMK Tun Habab. Setinggi-tinggi penghargaan kepada jawatankuasa yang terlibat.

Copyright Themes © 2022