Irama Malaysia SMK Tun Habab Mara Ke Akhir

Duet Irama Malaysia Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Negeri Johor telah berjaya menempatkan diri dalam 5 terbaik yang akan bertanding peringkat akhir di Kota Kinabalu, Sabah pada 3 hingga 7 Julai 2023.

Keputusan Pertandingan Nyanyian Irama Malaysia ini telah diumumkan pada 8 Jun 2023 melalui saluran Youtube oleh Encik Muddin Beting, Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah baru-baru ini.

Tahniah diucapkan kepada guru pembimbingnya Cikgu Nurashikin binti Ishak dan para peserta. 

Copyright Themes © 2022