Sentuhan Kasih Dialog Prestasi STPM 2023

Program Sentuhan Kasih Dialog Prestasi STPM 2023 telah berlangsung pada 6 Jun 2023 di Dewan Tun Sri Lanang. Program dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara Ahmad Hafizuddin dan diikuti dengan ucapan daripada pengetua SMK Tun Habab, Tuan Haji Khairuddin bin Mustapha. Penolong Kanan Tingkatan 6, Cikgu Husna binti Abd. Hadi membentangkan rumusan keputusan Semester 1 STPM 2023. 

Seterusnya strategi untuk menggapai Misi 333 disampaikan oleh Cikgu Rozani bin Sohar. Taklimat pendaftaran Ulangan 1 STPM 2023 telah diberikan oleh Cikgu Anum binti Mahat. Semoga kumpulan pelajar STPM 2023 dapat mencapai misi 333.

Copyright Themes © 2022