Kem Bahasa Jerman Peringkat Kebangsaan 2023

4 orang murid SMK Tun Habab telah mewakili sekolah dan negeri Johor bagi Kem Bahasa Jerman Peringkat Kebangsaan Tahun 2023. Program ini berlangsung pada 21 hingga 24 Mei 2023 di Darul Iman Trainning Centre (DITC). Seramai 130 orang peserta telah hadir dari seluruh negeri di Malaysia. Tema kem adalah “Sprachenlernen ist Leben erkunden” yang bermaksud “Belajar bahasa bermakna belajar meneroka kehidupan”.

Pelbagai aktiviti dan pertandingan telah dilaksanakan sepanjang kem berlangsung. Antaranya termasuklah “team building”, menghasilkan beg dengan corak dan tema “Cintai Alam Sekitar”, sukaneka, persembahan peragaan pakaian bertema, menghasilkan produk dari barang kitar semula, “amazing race” dan malam kebudayaan.

Matlamat kem adalah supaya murid-murid yang mempelajari bahasa Jerman di Malaysia dapat berkumpul, berkenalan dan berinteraksi antara satu sama lain dengan menggunakan bahasa Jerman sebagai medium komunikasi.

Pencapaian SMK Tun Habab:

1. Peserta kumpulan Johan (Ariana Najwa)
2. Peserta kumpulan Naib Johan (Ng Wei Bin)
3. Peserta kumpulan ke-5 terbaik (Aswin)
4. Peserta kumpulan ke-7 terbaik (Nurfadlhlin Sakina)
5. Tempat ke-5 daripada 40 bagi Pertandingan Video Kem Jerman (Hasil bersama 4 orang peserta kem dan murid DPD Muhammad Yazid)

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid yang terlibat.

*Kredit kepada Cikgu Farhana atas sumbangan artikel dan gambar

Copyright Themes © 2022