Majlis Bingkisan Kasih Sanjungan Budi

Majlis persaraan Cikgu Hajah Hazlina binti Ja’afar dan perpisahan Cikgu Hajah Fadzilah binti Mohd Ali telah berlabngsung pada 25 Mei 2023 di Dewan Seri Tun Habab. Majlis dimulakan dengan aktiviti rutin iaitu bacaan Yaasin oleh semua pelajar yang beragama Islam. Seterusnya ucapan dari pengetua SMK Tun Habab, tuan Haji Khairuddin bin Mustapha. Program diteruskan dengan ucapan daripada Cikgu Hajah Hazlina yang telah berkhidmat sebagai guru bermula pada tahun 1998 di SM Sains Kota Tinggi. Diikuti dengan SMk Taman Seri Saujana selama 2 tahun, berpindah ke SMK Bandar  selama 5 tahun dan akhirnya bersara di SMK Tun Habab setelah berkhidmat lebih kurang 5 tahun. Kemudian diikuti dengan ucapan perpisahan daripada Cikgu Hajah Fadzilah yang mula berkhidmat di SMK Tun Habab pada tahun 2000 dan berpindah ke SM Agama Kota Tinggi kerana naik pangkat sebagai Penolong Kanan Pentadbiran. 

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada mereka daripada semua warga SMK Tun Habab.

Copyright Themes © 2022