Sambutan Hari Guru Meriah

Bertemakan pakaian Raya Klasik, semua guru diraikan oleh semua pelajar SMK Tun Habab dengan penuh kemeriahan di Dewan Seri Tun Habab bagi menyambut perayaan Hari Guru.  Majlis dimulakan dengan perarakan masuk ke dewan yang diketuai oleh tuan pengetua, Tuan Haji Khairuddin bin Mustapha. Seterusnya diikuti dengan nyanyian lagu Bangsa Johor dan Negaraku. Bacaan doa dan lafaz ikrar oleh guru-guru SMK Tun Habab serta nyanyian lagu Kami  Guru Malaysia dan Warisan.  Ucapan perasmian Hari Guru oleh tuan pengetua dan acara memotong kek.

Majlis bersurai seketika untuk memberi laluan persediaan dewan dan seterusnya persembahan pelajar dan penyampaian anugerah kepada guru yang terpilih. Majlis diakhiri dengan sambutan Hari Raya dan jamuan di kelas masing-masing. 

Tahniah kepada semua yang terlibat.

Copyright Themes © 2022