Send off Persaraan Cikgu Hajah Safiah

Majlis Persaraan Cikgu Hajah Safiah binti Selamat telah diadakan pada 7 Mei 2023 (Ahad) di Dewan Seri Tun Habab. Program anjuran Kelab Guru dan Kakitangan ini telah dimulakan dengan perhimpunan rasmi dan diikuti dengan ucapan dari Tuan Haji Khairuddin bin Mustapha, pengetua SMK Tun Habab. Cikgu Safiah pernah menyambung pelajaran di tingkatan 1 hingga 6 di SMK Tun Habab. Usai beliau menamatkan tingkatan 6 dengan cemerlang, beliau meneruskan pembelajaran di peringkat sarjana muda di Universiti Malaya dalam bidang pendidikan Bahasa Melayu. Seterusnya, ditugaskan kembali menabur bakti di SMK Tun Habab sehingga 8 Mei 2023.

Tahniah dan Selamart Bersara cikgu!

Copyright Themes © 2022