Majlis Minum Petang Meraikan Pelajar STPM 2022

Majlis Minum Petang bagi meraikan pelajar tingkatan 6 STPM 2022 telah berlangsung pada 3 Mei 2023 di Hotel Rennaisance, Johor Bahru. Program yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2023/24 ini berlangsung dengan penuh ceria dan meriah ini melibatkan semua guru dan pelajar tingkatan 6. Sesi 1 bermula jam 12.00 tengah hari dimulakan dengan bacaan doa oleh wakil pelajar dan ucapan alu-aluan oleh Penolong Kanan Tingkatan 6, Cikgu Husna binti Abd. Hadi. Seterusnya ucapan dari pengetua SMK Tun Habab, Tuan Haji Khairuddin bin Mustapha dan penyampaian sijil penghargaan kepada semua pelajar yang terlibat dalam pelbagai aktiviti pada tahun 2022. Manakala sesi 2 pula ialah penyampaian sijil dan trofi kepada semua pemenang yang menyertai pelbagai aktiviti pertandingan pada tahun lepas.

Copyright Themes © 2022