Program Masak Ketupat dan Rendang Raya

Program gotong royong merebus ketupat dan masak rendang telah berlangsung pada 19 April 2023 di kantin SMK Tun Habab.  Program yang disertai guru-guru dan AKP ini turut dihadiri oleh tuan pengetua, Tuan Haji Khairuddin bin Mustapha bersama-sama mengisi beras dalam kelongsong ketupat, memotong daging dan menyediakan rempah untuk rendang. 

Yang DiPertua PIBG, Puan Noriasah binti Sidek hadir sama memasak rendang dan mengagihkan rendang kepada semua yang terlibat.

Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat.   

Copyright Themes © 2022